Wednesday, September 28, 2011

ibadah hati

tadi aku teman mama pegi ziarah kawan dia sakit kanser rahim. teruk sangat dah keadaan dia. sedih bila compare body dia skang ngan body dia time sihat dulu. makcik ni xde la tua sgt. dalam 40-an. tapi dugaan hidup dia masyaallah sangat la besar. kahwin muda, pastu suami meninggal kanser masa anak2 kecik lagi. besarkan anak2 sorang2. campur ngan masalah family pastu dapat penyakit ni lagi. dengar cite dari mama buat aku kagum. dan buat aku fikir jugak. ujian macam mana Allah da siap sediakan untuk aku. sebab dalam Quran sebut doh, setiap dari kita akan diuji. directly untuk menguji keimanan kita.


Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi


Ujian untuk setiap orang lain-lain. mama selalu bercerita ujian kawan2 dia yang macam2 kesah. Ada diuji dengan macam2 penyakit, ada diuji dengan suami kawen lain dengan classmate anak la.. dengan tukang sapu kat pejabat la, ada diuji dengan anak sakit.. dengan suami sakit.., ada diuji dengan jodoh x kesampaian, ada diuji dengan anak derhaka, ada diuji dengan xdikurniakan zurian. pendek kata macam2 cerita.


tadi masa melawat, aku tadah telinga mama bagi nasihat kat makcik tu. sedikit tersentuh perasaan sebenanya. dia cakap, ibadah zahir ni yang orang selalu buat dan fokus. contohnya solat sunat banyak2, mengaji quran, sedekah, puasa dan lain. tapi ibadah hati pun xkurang penting nya jugak. ibadah hati macam sabar.. syukur.. redha.. qanaah.. dan lain2 yg melibatkan hati. dan ibadah hati bukan boleh wat saje2 bile2 masa tanpa Allah buat situasi yang memerlukan ibadah hati tu di aplikasikan. contoh, xkan kite boleh nak sabar tibe2. lain la kalo tgh sakit ke, tgh marah ke.. pastu ibadah hati org x nmpak. direct terus kepada Allah. jadi, jangan menyesal, jangan kecewa dengan bala. sebab bala tu sebenarnya rahmat. kenapa? sebab kalau kita sabar.. kita redha.. dengan ujian Allah tu, setiap saat sepanjang bala tu menimpa kita, kita akan dapat pahala dan sedikit demi sedikit dosa akan terhapus.


mama cite lagi satu kisah sahabat nabi, dia sakit teruk, pastu ada orang datang melawat.. org yang melawat tu menangis melihat keadaan sahabat tu. tapi sahabat tu tanya kenapa nak menangis, dia bahagia dengan keadaan dia tu. kenapa dia bahagia? sebab dia sangat paham dengan konsep bala itu rahmat yang Allah telah pilih utk dia. subhanallah..


pastu mama kata lagi, walaupun diuji berat sebegini, kena syukur sebab dikurniakan anak2 yang baik dan berjaya dan buleh harap. memang! aku cair kot tgk anak2 laki dia. masa tu ada 3 org. dah la hensem2. sorang tu masuk bilik air skali mandikan mak dia. tolong papah.. tolong lap kaki.. dengan penuh kasih sayang. terharu tengok setiap scene yg berlaku depan mata. Ya Allah, semoga Kau kurniakan anak2 yang baik mcm tu jugak. disaat kita diuji begitu, mungkin hati mempersoalkan kenapa dipilih utk ujian itu. masa tu lah kena cari titik2 positif yang boleh buat kita kembali bersyukur kepada Allah. kenang balik nikmat lain yang Allah dah bagi selama ni. jangan hanya nampak yang buruk saje.






"Ya Allah, aku tau Mu ready doh ujian untuk aku. sooner or later aku akan hadapi jugok. xleh nok lari doh. walopon Mu oyak doh xkan membebankan manusia tapi sesuai dengan kudrat dio, tapi Ya Allah, Mu bantulah aku menghadapinya. aku ini lemoh bena. Kuatkan iman aku dan bantulah aku untuk perbanyakkan ibadat hati sepanjang ujian hok Mu bui. Maka, tidak sia-sia lah ujian hok Mu takdirkan untuk aku itu. Ameen."

Friday, September 23, 2011

kisah atas bas

pada suatu malam rabu, saya menaiki bas Mutiara ekspress untuk ke Butterworth. Saya berseorangan tanpa bertemankan sesiapa. Bus dijangka bertolak pukul 10malam tapi saya sudah tercangak di tempat duduk sendiri jam 9.30 malam disebabkan sikap abah saya yang memang kalau bab naik bas kena pergi awal2 takut jam segala. awal sedikit xpe, ni awal byk betul. argh tensen!


maka saya pun duduk la sendirian sambil merenung keluar tingkap melihat gelagat manusia2 nak naik bus sementara menunggu jam 10. Tempat duduk sebelah saya masih kosong. Tiba2 naiklah dua orang manusia yang berjantina lelaki mencari tempat duduk mereka. elok lah sy gelar si A dan si B untuk menambah jumlah perkataan dalam esei saya ini. si A agak kurus manakala si B agak chubby sedikit tapi melihat melalui hujung mata saya yg sepet dalam keadaan cover2, mereka agak boleh tahan. Si A dengan gelagat bergurau cuba nak duduk sebelah saya tapi ditahan si B. Sy buat2 xtahu pandang luar tingkap padahal anak mata jeling ke tepi. wakakaka.

akhirnya mereka duduk jugak di tempat sendiri di tempat duduk betul2 depan saya tapi side kiri. berikut adalah gambarajah kedudukan kami. *rajin gile nak lukis bagai*



walaupun mata saya memandang ke luar, tapi pandangan mata manusia ni agak luas yang membolehkan kita perasan menda yang berlaku di tepi kita walau kita x memandang ke situ. kan? jadi, samada saya ni perasan atau betul2 berlaku, si A ni asek pandang2 tengok ke arah saya. saya still buat2 xtahu dan x membalas pandangan. dalam hati x putus2 doa mintak jauh dari niat jahat manusia. mana tahu kan? dah la saye sorang2. takut weh orang dok pandang2 camtu.


setelah penumpang2 len yang xberapa ramai naik, maka bas pun mula tutup lampu dan bertolak. saya masih memandang ke luar tingkap dan tempat duduk sebelah saya masih kosong. tiba2.. si A bangun dan bergerak ke belakang seat saya. saya dengar bunyi orang panggil. "awak.. awak.." saya buat x tahu lagi. dalam hati berdebar gile takut la xtau nak wat cane argh.. pastu dia goncang2 seat saya, berani gile mamat nih. saya masih kebal, buat xtau lagi control macho dalam hati hanya sy yang tau wahahaha. nampak respon negatif yg membosankan dari saya, maka dia pun bangun dan balik ketempat duduk asal. tapi masih berpaling sekali sekala melihat saya dari tempat duduk dia. keadaan ini amatlahmenakutkan bagi saya yang jarang sgt ada org menunjukkan minat ini wahahahaha


ohh lama selepas tu si A ni datang lagi duduk belakang seat saya dan kedengaran lagi suara halus memanggil "awak..awak.." sambil menggoncangkan seat saya. cis, ini xboleh jadi. sampai bila harus saya berdiam diri?? saya pun menoleh kebelakang sedikit dan bertanya " gapo?" suasana yg agak gelap menyukarkan pandangan mata. lepas tu bermulalah soalan demi soalan melihatkan reaksi positif saya ini. wahahaha.

si A : awak student ke?
saya : xla..
si A : kije?
saya : dok jugok
si A : awak orang penang ke?
saya : xla.. ore kota bharu ni jugak..

barangkali melihat saya yang menjawab dengan jujur ikhlas begini membuatkan dia berani untuk melangkah ke seat depan iaitu disebelah saya. saya buat2 rilek sambil berdoa dalam hati. dia tanya lagi

si A : pastu nak gi mane ni?
saya : nak g konvo kakak usm
si A : dia amek ape?
saya : engineering. master.
si A : ooooo.. awak umur berapa ni?
saya : em.. 24..
si A : ooo...

pastu senyap kejap.. pastu

si A : oklah saya dok depan dulu.. sambil tunjuk jari ketempat duduk dia.


lepas dari itu, tiada lagi pandangan2 menoleh kearahku. bus meneruskan perjalanan meredah malam kelam banjaran titiwangsa. manakala aku berperang dengan persoalan yang bermain diminda

"cis. sebut 24 lari selalu. tua sangat dah ke? aduhaiiii..."




Monday, September 19, 2011

memori Madinah 2011

1. suasana berbuka puasa sangatlah meriah. dalam masjid ada hamparan plastik putih. petugas2 masjid dan orang awam yang nak rebut pahala memberi makan org berbuka puasa sibuk bahagi2 makanan sabil. macam2 jenis kurma, air zam zam yang sbenanye kite bole amek sendiri, roti, laban (susu masam), syai (teh), dan lain2 atas nasib. kalau kat luar masjid lagi advance. siap ade nasik la, jus oren la. dan mereka mengajak dgn lembut.. mengajak utk berbuka puasa dengan makanan yg mereka sediakan. masa odw balik masjid, tgh lintas jalan, ada satu keta hon sambil melambai2 tangan pegang air kotak. ohh rupanya2 nak bagi free. huhu. macam2 cara diorang buat na bagi sesuatu utk org nak berbuka. untuk apa? untuk pahala.. saya rindu suasana itu Ya Allah.

2. Raudhah. Terletak antara makam nabi dan mimbarnya. ni sume dalam masjid Nabawi lah. sume orang nak masuk ziarah makam nabi. nak masuk ni sgt mencabar. berebut2 berhimpit2. kalau sama orang asia xpe, tapi ni sekali ngan orang arab yang badan besar2 dan bau semacam sgt lah menguji kesabaran keimanan. orang arab nih culture dia meraung2 meratapi Nabi. bising gila. Bagi aku sangat xsopan kelakuan mcm tu depan Makam Nabi. aku semayang sunat pun kat kaki orang, org lalu2 dpn, langgar2. tu gambaran betapa sesaknya kat situ.

bila turn lelaki utk masuk Raudhah, dia akan tutup pintu masuk wanita n bukak pintu keluar je utk wanita2 kat dalam tu kuar. jalan utk keluar tu ade petugas masjid. serba hitam pakai burqa. diorang memang sangat2 penyabar. tahu kenapa? nak deal dengan org2 yang xreti bahase bermati matian nak masuk ke Raudhah ikut pintu keluar. hahahaha. aku rs aku, mama, ipah je yg gelak2 dok perhati mcm2 aksi cubaan nak masuk. hahaha. lawak gile. ade tu, dah angkat sebelah kaki nak lintas masuk line, petugas datang halau. ade tu dah berjaya masuk laluan lari laju gile pastu tahan kene heret keluar. aduhai. yang bab bertengkar mulut ngan petugas xyah ckp la. sbb xphm diorang ckp ape la kami gelak. org arab lain tgk serius je. hahahaha.

3. tandas masjid ni ada escalator tau. hahaha. orang yg datang ni bukan sume orang bandar. ade yang dari kampung gile xpernah jumpe escalator. masa nak turun tandas (tandas bwh tanah), bising gile sebab ramai takut n cemas nak melangkah ke escalator. hahaha. bayangkan orang arab badan besar gemuk2 pastu escalator penuh setiap tangga tuh tiba2 sorang xreti nak melangkah bila dah sampai, terjelopok habih. hahaha jahat aku nih gelak lak. sian diorang... sampai kena off escalator tuh. seb baik pengawal dia pandai control situasi. tp diorang takut2 pn nk try gak padahal ade je tangga. jd bhy gak bg org asia yg badan kecik2 nek escalator ngan diorang. huhu.

4. aku try aiskrim Baskin Robin pertama kali dalam hidup kat Madinah hohohoho. tapi salah pilih lak eskem rasa capuccino maka xbest sgt. bile lah na try kat Malaysia plak. Adik aku lak pegi beli KFC lepas terawih, dia cakap suasana KFC mcm pasar borong. hahahaha. sume orang menjerit2. lawak. hahaha.

dan banyak lagi. 3hari 2 malam disini amatlah xcukup bagi aku. sebelum pulang, aku doa semoga itu bukanlah kali terakhir aku menziarah-Mu wahai Nabi Allah..

Saturday, September 17, 2011

17 september 2011

aku dok dumoh ni nganggur ado dekak 4bule doh kalu. tapi walapom Allah x makbul lagi doa aku bab kijo disaat ore lain buleh kijo doh, dio makbul doa aku hok lain. buleh gi Mekoh. Alhamdulillah. hohoho. raso jame dulu lagi aku dok doa nk gi Mekoh abih ngaji ni. tp gak xseko lasum eh buleh gi sungguh. tu lah aku pikir, walopon mendo tu kito raso mustahil nk dpt, doa je lah. xacu xtau. at least Allah tahu gapo hok kito nok. Dio ejah la kuk mano mari kalu dey Dio nok makbul gak.


isu hangat pah abih ngaji nih tidok lain kelip2 tgk pah sore sore saim2 tune n nikoh. hohoho. hepi utk sek yo. sokmo doa semoga hok ado halangan nok nikoh tu bia dipermudahkan. siye jugok terpaksa menahan perasaan padahal calon ado depey mato doh. aduhai. aku lain la mugo calon xdok lagi jd rasa itu x heavy sgt wahaha. baso encik calon nih xjupo cari aku gi mmain alah mmano la. berat nanang.


rama kakloh weh ore sambung master. suspek la. aku gak kure doh nk masuk ngaji smula. tp kalu offer gi ngaji obesi, ehem, nok kaklos. wahahaha. tapi nok apply pom mugo masaloh abah xwi gi sore. pah pulok mace xtahu nok amek course gapo jah. (*koya buleh kalu apply pom haha*) xtahu nok wak gapo dale hidup weh la. hahaha. konflik dalame sumguh. walopon ore pakak dok oyak rugi rugi xsmbg master slalu,, aku tetap raso its not a good choice for me now. kalu smbg pom nge xdok perasae wak gapo. aii dok la kalu.





Friday, September 2, 2011

umrah mabrur

kata2 si mutawwif nama Afendri tu rasanye masih terngiang2 kat telinga nih. walopon dekat 3minggu dah berpisah ngan tanah suci.

dia cakap, ada dalam kitab ape ntah dia sebut, tanda2 umrah itu mabrur boleh tahu lepas kita balik dari tanah suci. Cane? kalau kita x lagi melakukan maksiat n berterusan buat amal even dah balik dari kota suci tu petanda umrah kita buat dulu mabrur.

and now I am actually struggling to maintain my ibadah HERE, just like how i did in Mecca. there, pray 5 daily prayers at mosque, along with solat sunat rawatib, other solat sunat, reciting Al Quran as much as i could, zikrullah, n owh, always smiling. =)

trying hard.. with all these godaan surround me. Bantu aku Ya Allah. Tetapkan aku di jalanMu. jadikan hati aku enjoy dengan perkara yang mendekatkan aku padaMu. Ameen.