Friday, September 23, 2011

kisah atas bas

pada suatu malam rabu, saya menaiki bas Mutiara ekspress untuk ke Butterworth. Saya berseorangan tanpa bertemankan sesiapa. Bus dijangka bertolak pukul 10malam tapi saya sudah tercangak di tempat duduk sendiri jam 9.30 malam disebabkan sikap abah saya yang memang kalau bab naik bas kena pergi awal2 takut jam segala. awal sedikit xpe, ni awal byk betul. argh tensen!


maka saya pun duduk la sendirian sambil merenung keluar tingkap melihat gelagat manusia2 nak naik bus sementara menunggu jam 10. Tempat duduk sebelah saya masih kosong. Tiba2 naiklah dua orang manusia yang berjantina lelaki mencari tempat duduk mereka. elok lah sy gelar si A dan si B untuk menambah jumlah perkataan dalam esei saya ini. si A agak kurus manakala si B agak chubby sedikit tapi melihat melalui hujung mata saya yg sepet dalam keadaan cover2, mereka agak boleh tahan. Si A dengan gelagat bergurau cuba nak duduk sebelah saya tapi ditahan si B. Sy buat2 xtahu pandang luar tingkap padahal anak mata jeling ke tepi. wakakaka.

akhirnya mereka duduk jugak di tempat sendiri di tempat duduk betul2 depan saya tapi side kiri. berikut adalah gambarajah kedudukan kami. *rajin gile nak lukis bagai*



walaupun mata saya memandang ke luar, tapi pandangan mata manusia ni agak luas yang membolehkan kita perasan menda yang berlaku di tepi kita walau kita x memandang ke situ. kan? jadi, samada saya ni perasan atau betul2 berlaku, si A ni asek pandang2 tengok ke arah saya. saya still buat2 xtahu dan x membalas pandangan. dalam hati x putus2 doa mintak jauh dari niat jahat manusia. mana tahu kan? dah la saye sorang2. takut weh orang dok pandang2 camtu.


setelah penumpang2 len yang xberapa ramai naik, maka bas pun mula tutup lampu dan bertolak. saya masih memandang ke luar tingkap dan tempat duduk sebelah saya masih kosong. tiba2.. si A bangun dan bergerak ke belakang seat saya. saya dengar bunyi orang panggil. "awak.. awak.." saya buat x tahu lagi. dalam hati berdebar gile takut la xtau nak wat cane argh.. pastu dia goncang2 seat saya, berani gile mamat nih. saya masih kebal, buat xtau lagi control macho dalam hati hanya sy yang tau wahahaha. nampak respon negatif yg membosankan dari saya, maka dia pun bangun dan balik ketempat duduk asal. tapi masih berpaling sekali sekala melihat saya dari tempat duduk dia. keadaan ini amatlahmenakutkan bagi saya yang jarang sgt ada org menunjukkan minat ini wahahahaha


ohh lama selepas tu si A ni datang lagi duduk belakang seat saya dan kedengaran lagi suara halus memanggil "awak..awak.." sambil menggoncangkan seat saya. cis, ini xboleh jadi. sampai bila harus saya berdiam diri?? saya pun menoleh kebelakang sedikit dan bertanya " gapo?" suasana yg agak gelap menyukarkan pandangan mata. lepas tu bermulalah soalan demi soalan melihatkan reaksi positif saya ini. wahahaha.

si A : awak student ke?
saya : xla..
si A : kije?
saya : dok jugok
si A : awak orang penang ke?
saya : xla.. ore kota bharu ni jugak..

barangkali melihat saya yang menjawab dengan jujur ikhlas begini membuatkan dia berani untuk melangkah ke seat depan iaitu disebelah saya. saya buat2 rilek sambil berdoa dalam hati. dia tanya lagi

si A : pastu nak gi mane ni?
saya : nak g konvo kakak usm
si A : dia amek ape?
saya : engineering. master.
si A : ooooo.. awak umur berapa ni?
saya : em.. 24..
si A : ooo...

pastu senyap kejap.. pastu

si A : oklah saya dok depan dulu.. sambil tunjuk jari ketempat duduk dia.


lepas dari itu, tiada lagi pandangan2 menoleh kearahku. bus meneruskan perjalanan meredah malam kelam banjaran titiwangsa. manakala aku berperang dengan persoalan yang bermain diminda

"cis. sebut 24 lari selalu. tua sangat dah ke? aduhaiiii..."




No comments:

Post a Comment