Saturday, June 18, 2011

mati yang tidak hanya meninggalkan nama, tapi jugak jasa yang dikenang

Adha Amer Udin. berita kematian dia terkesan pada diri aku sampai sekarang. dia seorang junior, budak bio 2nd year, aktif especially ARC.

aku kenal dia walau dia x kenal aku. tak pernah bercakap pun. mungkin sebab dia glemer jadi aku kenal. pernah, terdetik dalam hati aku dulu. best nya kalau dapat kawan ngan budak ni. hahaha. biasalah orang2 yang nampak best utk berkawan normal la feeling camni kan. huhu.

dia dah selamat dikebumikan pada 16hb Jun 2011. mati lemas kerana nak selamatkan kawan yg lemas di sg lembing. heroic act kan? bukan calang2 org ade keberanian mcm tu.

ngape aku tulis satu entry khas pasal dia walaupon kami xberkawan pun ni? sebab aku JELES. jeles tengok betapa ramainya orang sekeliling dia, begitu terkesan dengan pemergian dia. buktinya aku sendiri, yang tidak pernah berpeluang mengenali dia pun. Menerusi pembacaan aku, akhlak yang dipamerkan cukup membuatkan pemergiannya ditangisi ramai..

aku terfikir,, kalau aku ditempatnya.. ramai x manusia yang betul2 ikhlas menangisi pemergian aku?

aku blog-hop. 4orang buat entry khas panjang lebar tentang dia. dan aku pasti ramai lagi. setiap cerita dan pujian membuatkan aku kagum dengan aura dia ni.

pastu aku terjumpa link blog dia. baca.. Ya Allah,,, sayang nya Kau amek dia awal sangat.. aku share blog dia kat sini. walaupun entry dia sikit, tapi cukup untuk buat aku berfikir. ade yang tersirat disebalik setiap kata2.


aku share disini, supaya anda semua boleh baca. apa2 yang bermanfaat yang dia kongsikan, boleh menyalurkan pahala untuknya disana. insyaallah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yanng soleh Adha. Mungkin tak kenal saye, tapi saya jadi peminat anda setelah anda tiada lagi di dunia ini.

Alfatihah~

Aku harap aku dijemput hanya apabila aku cukup puas hati dengan jasa yang aku buat untuk masyarakat dan Islam. tetamu ketika majlis pengkebumianku jauh lebih ramai dari tetamu di hari perkahwinanku. Insyallah.

No comments:

Post a Comment