Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

jenis-jenis hati

resipi menggambarkan jenis-jenis hati.

bahan-bahan yang diperlukan : segelas air putih, segelas air teh muda, segelas air kopi pekat, gula dan sudu.

cara-cara : tuangkan gula kedalam air putih, air teh dan air kopi. lepas tu letak sudu dalam ketiga2 gelas air. perhatikan dan kaitkan dengan hati. perhatikan.

*butiran gula ibarat perilaku yang membawa kepada dosa kecil dan sudu ibarat maksiat yang membawa dosa besar

hati yang bersih


air putih, bila dituangkan gula dan diletakkan sudu, amat jelas sekali butir2 gula menuruni kedasar gelas dan bentuk sudu didalam air. maksudnya, hati yang bersih akan 'nampak' perilaku yang membawa dosa kecil dan dosa besar.

hati yang sakit

air teh, bila dituangkan gula dan diletakkan sudu, kurang jelas utk melihat butir2 gula menuruni kedasar gelas dan bentuk sudu didalam air. macam tu jugak hati yang sakit, agak kabur untuk 'melihat' perilaku yang membawa dosa kecil dan dosa besar. terkadang tergelincir, terkadang kembali ke trek yang benar.

hati yang mati

air kopi pekat, bila dituangkan gula dan diletakkan sudu, kompem la xnampak lansung butir2 gula menuruni kedasar gelas dan bentuk sudu didalam air. persis hati yang mati, buta untuk 'melihat' perbuatan yang membawa dosa kecil dan dosa besar. terus menerus tenggelam dalam selut dosa.


hati aku masih lagi hati yang sakit. berusaha untuk berubat.

kamu hati yang macammana?

Monday, October 10, 2011

i am officially graduated!



Bachelor of Mathematical Science (Honour)

International Islamic University Malaysia

08.10.2011





Alhamdulillah. Akhirnya berjaya graduate jugak selepas 6tahun berhempas pulas, berkorban masa, duit dan tenaga, tumpahnya keringat, darah dan air mata. (hahahahaha jange tertipu adik kakok). dulu2 xjangka pun akan ada tambahan sijil2 diatas.. huhu

best student pun is not totally best student lah. sebab sepatutnya fiza dapat. tapi ade prob yang membuatkan dia kena konvo sem depan. takdir. rezeki dapat kat aku. alhamdulillah. aku doa dia dapat best student untuk next year punye. insyaallah.

dan dia ada gaya jadi best student. rutin harian hidup dia sebagai pelajar memang patut menjadi ikutan. bukan macam aku ni ha. kaki ponteng kelas, last minute study, dalam kelas xpenah fokus, asek jalan2 nak enjoy je dlm pikiran, library pon pegi mase mane je, buku pun xbape nak bace, knowledge tambahan xpenah serius nak cari, kelas gi lambat sebab bangun lambat sebab tido lambat main2, ngan junior senior pun xbape nak ramah, orang pun xkenal aku, dah la x aktif lansung persatuan, selalu balik rumah walopon tgh busy, tak penah study sblm masuk kelas dan baaaaanyak lagi. this what makes me feel that i dont deserve this award at all. kalau diberi peluang untuk betulkan masa silam, aku nak ubah student life aku. to lead the real life as a MUSLIM student. *sigh*

walaupun begitu, saya happy. alhamdulillah. experience is the best teacher. mistake is to be made so that we can learn with it and not repeat it again and again in the future. woha!

mari menyanyi lagu UIA! err.. err..

Friday, June 24, 2011

saya suka lagu sedap yang liriknya berbekas di hati

i love songs. i love to sing as well. a song with lyrics that can make I feel something inside, to think, complete package with the beautiful rhythm that keep repeating in you head, is a very good song that worth playing for thousand times. this is one of those.





Epilog Silam ~ Haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan...
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati

Tuhan...
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


keep singing this song when u feel hopeless about your mistakes in life, it helps! it is kind of therapy. there's a lot more. choose the one that suit u the best with your condition. at least, it's work on me. =)

Saturday, June 18, 2011

mati yang tidak hanya meninggalkan nama, tapi jugak jasa yang dikenang

Adha Amer Udin. berita kematian dia terkesan pada diri aku sampai sekarang. dia seorang junior, budak bio 2nd year, aktif especially ARC.

aku kenal dia walau dia x kenal aku. tak pernah bercakap pun. mungkin sebab dia glemer jadi aku kenal. pernah, terdetik dalam hati aku dulu. best nya kalau dapat kawan ngan budak ni. hahaha. biasalah orang2 yang nampak best utk berkawan normal la feeling camni kan. huhu.

dia dah selamat dikebumikan pada 16hb Jun 2011. mati lemas kerana nak selamatkan kawan yg lemas di sg lembing. heroic act kan? bukan calang2 org ade keberanian mcm tu.

ngape aku tulis satu entry khas pasal dia walaupon kami xberkawan pun ni? sebab aku JELES. jeles tengok betapa ramainya orang sekeliling dia, begitu terkesan dengan pemergian dia. buktinya aku sendiri, yang tidak pernah berpeluang mengenali dia pun. Menerusi pembacaan aku, akhlak yang dipamerkan cukup membuatkan pemergiannya ditangisi ramai..

aku terfikir,, kalau aku ditempatnya.. ramai x manusia yang betul2 ikhlas menangisi pemergian aku?

aku blog-hop. 4orang buat entry khas panjang lebar tentang dia. dan aku pasti ramai lagi. setiap cerita dan pujian membuatkan aku kagum dengan aura dia ni.

pastu aku terjumpa link blog dia. baca.. Ya Allah,,, sayang nya Kau amek dia awal sangat.. aku share blog dia kat sini. walaupun entry dia sikit, tapi cukup untuk buat aku berfikir. ade yang tersirat disebalik setiap kata2.


aku share disini, supaya anda semua boleh baca. apa2 yang bermanfaat yang dia kongsikan, boleh menyalurkan pahala untuknya disana. insyaallah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yanng soleh Adha. Mungkin tak kenal saye, tapi saya jadi peminat anda setelah anda tiada lagi di dunia ini.

Alfatihah~

Aku harap aku dijemput hanya apabila aku cukup puas hati dengan jasa yang aku buat untuk masyarakat dan Islam. tetamu ketika majlis pengkebumianku jauh lebih ramai dari tetamu di hari perkahwinanku. Insyallah.

Friday, June 10, 2011

i got 1st place for BSMS but i dont feel good

I don't think that i am qualified enough to be on that position with my lack of knowledge and skill and everything that matters. I know that there should be no 'IF' actually, but if i can borrow Doraemon time-travel machine, i want to go back on that time again.


Please Key In the Year yo Wish to Travel
July 2007

To be the real student. Do what student should really do.


No regret please. You have your whole life ahead to correct everything Izzati. Just appreciate your valuable time.

Saturday, April 16, 2011

separa merdeka hakiki


hari ini saya telah selesai menjawab kertas peperiksaan terakhir di sem terakhir sebagai pelajar ijazah. tp mungkin bukan ijazah terakhir. musim peperiksaan melabuhkan tirainya dengan saya berbijak mengarang ayat pasif memberitahu cara Korea Selatan membantu Jepun dalam memo, menulis surat komplen kepada TNB sebab kilang asyik putus bekalan elektrik dan kertas cadangan untuk menyediakan surau di ofis yang ramai nonmuslim. errr, tapi semua ni ditulis menggunakan bahasa inggeris yang penuh 'grammatical error'. ironinya, nama subjek 'English for Occupational Purposes', macam peperiksaan akhir sebagai pelajar untuk bersedia ke alam pekerjaan. cewah!

tetapi, walau gembira kerana tidak lagi perlu belajar untuk exam (baca : exam oriented) selepas ini, saya sedih sebab sy sedang menuju pengakhiran sebuah topik penting dalam hidup. topik ni nama dia "UIA 2005 - 2011". saya banyak belajar disini, bukan saja dalam kelas, tapi diluar kelas jugak.

i will treasure all the moments i've created along the journey. Its means a lot to what am I today. May Allah bless all the people surround me up to now. Lecturers, friends, strangers, kenal-tp xpenah ckp, kenal tp dia xkenal aku, lelaki2-yg-pernah-aku-minat, everything.. i'm gonna miss everything here. for sure.. especially zati,nuha,zatul,ina n ct. Thanks for being part of my life. i will tell my kids about u guys.. hohoho

Saturday, March 12, 2011

kursus kawen

jeng jeng jeng !!


yeay!
secara rasminya saya sudah dapat sijil kawen
kursus kawen pada 5 n 6 mac 2011
muahahahahahaha
tp malang nya
walopon sijil kawen dah ade
calon tetap xde lagi
aduhai ~
lambatnya kamu mahu datang wahai hero no. 1 hahaha




p/s : saya rasa saya lebih banyak belajar ilmu rumahtangga di rumah. tengok bagaimana mama dan abah handle rumahtangga. pengajaran sebegitu lebih berbekas di hati dibandingkan pengajaran didalam lecture hall ini. huhu. terima kasih mama abah. =)

Tuesday, February 22, 2011

kematian itu satu yang pasti



pukul 11.40 malam, cik telah selamat kembali kepada Rabbul Khaliq setelah 3 hari berada dihospital. 75tahun berkelana di bumi Allah, dia pergi meneruskan perjalanan yang sebenar. Disini saya ingin membuat beberapa kesimpulan atas peristiwa ini yang mana akan kita semua lalui jugak satu hari nanti. cuma masa yang membezakannya.

1. Cik meninggal sebab sampai ajal dia. tu sebab mutlak yang xboleh kita pertikai. tapi setiap perkara ada sebab musabab dia. cik ni ade darah tinggi dan kecing manis kalau xsilap aku sejak umo dia 40-an. dan sejak itu jugak lah dia makan ubat hospital yang kalo org biasa teman dia g amek ubat n makan ubat tu, tahula betapa banyak nye ubat2 tersebut. ubat2 ni ade dadah, ade side effect dia. cik masuk hospital tu pun sebab dia mengalami masalah jantung yg sblm ni xpenah2 pon. doktor pon cakap dia kena sakit jantung yang membuatkan dia xleh bernafas dgn normal. mama ckp dia pernah dengar org ckp bila makan ubat hospital byk, sisa dr ubat tu akan bawa masalah kepada buah pinggang atau jantung. jadi, ni mungkin penjelasan kepada kematian cik ni selain drpd ajal yang telah ditulis oleh Allah.

kesimpulannya, jangan terlalu bergantung kepada ubat hospital yang long term effect dia sangat2 dasyat. sakit biasa2 seperti demam, batuk, sakit kepala atau ape saje, try rawat guna natural source dulu. ataupun biar sistem imunisasi kite lawan sendirik. search dalam internet ade banyak option drpd ubat hospital. xpun pergi jumpe tabib china.

2. pertama kali dalam hidup aku melalui proses memandikan jenazah dari awal hingga akhir. terdetik dalam hati, betapa Islam ni mementingkan kebersihan sehingga saat akhir kita didunia ni. setiap inci tubuh dibersihkan. badan disabun, gigi digosok, najis dibuang, kuku dicuci, kemudian balut dengan kain putih yang suci bersih, harum semerbak direnjis air mawar, dipakai celak menghias wajah. dan akhirnya arwah akan bertemu penciptanya dalam keadan yang bersih dan suci sebagaimana dia lahir dahulu.. bagus Islam ni kan? Allahuakbar!

3. ahahaha yang ni lawak. teka, sembahyang jenazah bape rakaat? hahahaha. lawak gile tgk budak2 (sepupu) rukuk time semayang jenazah. aku 1st time semayang jenazah mase kat mekah dulu. kat sana hampir setiap kali lepas semayang fardu, ade semayang jenazah. masa tu baru tahu semayang jenazah ni mane de rakaat.. angkat takbir 4 kali je. hoho. meh nak ajar.

niat semayang jenazah pastu angkat takbir. kemudia baca al fatihah.
pastu angkat takbir kali kedua, pastu baca selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.
pastu angkat takbir kali ketiga, pastu baca doa kepada arwah.

Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663)

kalo xsempat nk hafal, bace je yang first line tu pon dah ok. hoho (merujuk kpd diri sendiri)

pastu angkat takbir kali keempat, kemudian bagi salam macam biasa. siap!


*sume ni dlm keadaan berdiri. so, xperlu sejadah. kang ade yg pegi sujud lak. huhu.

4. hargai mereka ketika mereka masih hidup, sebab bile mereka dah xde, xde can dah nk dapat pahala besar untuk berbakti kepada ibu bapa. nangis la air mata darah sekalipon, diorang xleh jawab dah bila kita mintak maap gile2 atas dosa yg kita lakukan kepada mereka.

cuba bayangkan tgk wajah mereka terbujur kaku depan mata kita dibalut dengan kain putih. masa tu mungkin sedih sebab kenangkan setiap ihsan yg mereka pernah lakukan pada kita kan?
tp try flashback masa2 kita xpeduli bila mereka sakit, x berusaha untuk gembirakan mereka, janji2 yang xsempat kita tunaikan pada mereka, suara kasar yg kita lontarkan pada mereka, dan banyak lagilah perkara teruk2 yg kita buat pada mereka. so, ce crite cane nk dptkan kemaafan mereka bila mana mereka tidak lagi dpt menyahut panggilan kita??

cuba sedaya upaya berkhidmat utk mereka ketika mereka masih hidup ni. jd bila mereka pergi pun, kita akan rasa puas hati atas segala usaha kita untuk mereka.. peringatan untuk aku dan anda2 semua yang terbaca post saya ini. syurga dibawah telapak kaki ibu dan bapa. T_T

Saturday, January 15, 2011

tipah tertipu

sedih
bila diberi harapan menggunung
untuk bisa menggapai impian
kemudian harapan itu hancur
dengan begitu sahaja
kerana satu sebab yang begitu memalukan

aku ditipu T_T

mungkin
hikmahnya banyak
suara kecil dalam diri ini
tanpa penat
mencari sudut positif memujuk hati
tapi hakikat yang tidak dapat di sangkal
hanya Allah yang tahu
bagaimana perasaan ku

seperti orang yang terbang melayang-layang diudara
dengan senyuman xlekang dibibir
tiba-tiba tersedar dan jatuh dari jarak yang tinggi

sakit bukan?

sabar mcja~ Maybe Allah has better plan for u. believe in HIM n believe in urself!

Thursday, November 4, 2010

why tonite?

Mr J reminded me of him

and my mind flooded with those times
those conversation we had together
those unforgettable stories we shared
those jokes and care to each other

to the fact that
there is no more such things
in the future
it makes me feel something inside

LOSS

bear in your mind,
-dont be so close to man as a friend-

Monday, September 27, 2010

besdey ke-23

secara lebih rasmi

SAYA SUDAH MEMILIKI KERETA!!

HAHAHAHAHA

terima kasih abah n mama
atas hadiah xterhingga ini
kak ti balas seksok insyaallah
hihi

Wednesday, September 1, 2010

hari ini 1 september

1. hari ini hari rabu. esok peperiksaan dan lusa juga. tulat br pulang. tapi aku sudah tiada perasaan tentang semua ini. bosan tahu kena mengadap buku. haih =(

2. hari ini aku sudah berjaya memuat turun dragon ball kegilaan zaman kanak2 ku. err, on d way la. download lembab. aku nak baca balik... oh man, komik ini santapan aku zaman dahulukala. best gile. sekarang one piece. hoho.

3. aku nak pegi majlis kahwen itu. tetapi ada program IMC tu buat time tu la pulak. dan mangkuk itu tidak mengajak macam serius. komen ucapan tahniah aku d FB pon x de respon. hmm.. adiah ape yer sesuai. bagi mangkuk la utk mangkuk. wahahahaha.

4. aku nak bende tu utk adiah ari jadi......................... plz Ya Allah............ plz.......... T_T

5. hari ni rasa insaf bila tgk org cina kafir berbalas komen d FB. betapa mereka misunderstood Islam. dan rasa rendah diri bila aku xkonfiden nak jawab n defend n explain dengan strong argument. ilmu xcukup. aduhai.

Thursday, August 26, 2010

aku bagi rm3, aku dapat macam2

kalau kita yakin dengan janji Allah, kita akan dapat mendo tuh. tp nk yakin sebenar2nya yakin tuh susoh. yakin dengan hati, seluruh anggota tubuh, kelakuan. buke hanyo denga lidah semata2. skalo ore buleh kecek jah, tp bilo sapa maso nok suh buat. dale hati ake rusim 'aii yolo ko nih.. aii sungguh ko buleh pulok pah ni'. stendek doh. mace mama dia sgt yakin balasan Allah. dan sepanjang 23 tahun aku sebagai anok dia. meme lah sgt menakjubkan pengalaman hidup mama. i want to be like her. and i try to be one. insyaallah. ok, tu br muqaddimah.

mari masuk ke cerita asal. hohoho. classmate aku si Tir tuh telah ditimpa musibah besar. besar sini dr segi pitih nyo lah. dio keno baya rm500. byk weh rm500 ni.. buleh beli mace2 doh weh. alkisahnya, maka aku sebagai saim nih nk tulom la sedikit sebanyok. tp alah ko sedikit jah la hohoho sebanyok tuh wi alah ko hok lebih memerlukan spt palestin, ore sekin ko. pahtu, aku igt nok lancarkan kutipan dermo la dok. pastu aku cr sampul surat n tulis sikik motif kutipan dilancarkan. and ayat last aku.. "kito tulong orang, Dia tolong kito balik" huhu meme tuh hok meme dok peringat sokmo.. ayat tu dr kecik pah bbesar aku denga.

ok, selepas itu aku masuk doh rm3. hohohoho padey la.. dan xlamo slepah tuh bunyi msg. yo oyak aku telah di topup rm5. wahhhh.. meta sungguh Allah balas. hahaha. mama suh che lah topup baki rm5 dr rm 10 mulo. see??

xabih agi, tiba2 lagih! si Tir tu msg oyak xperlu... sebab abe dio nok settle. oklah.. ore xsey xleh nok pakso dop. hahaha. maka selamat lah rm3 aku tuh..

lagi?? ado agi... balasan tuhe ni byk kalu kito sedar actually. pahtu malam tu dpt secret recipe free dr yan. coklat indulgance. free wehh!!! igt seneyy??? doh la hk dok ngidey doh.. wahahaha.

ok lah cukup sekadar nih. nati kkejut pulok. jadi kesimpulan disini adalah 'KITO TULOM ORE,, ALLAH TULOM KITO. YAKINLAH...'


Monday, May 17, 2010

kuasa TERIMA KASIH

hari nih bos oyak timo kasih. dan masih terngiang2 di kepala otak ku ini. raso sgt terharu, gembira, dihargai.. bercampur baur. hahahaha hanya dengan sebaris ayat.. terima kasih. power gilo weh..

nih br aku raso hok belaja Organizational Behavior. gapo dio doh xigt.. tp include dale mendo2 hok buleh menaik kan produktiviti pekerja la. selain bonus ko, pekerja cemerlang ko. nih hok xmahal skali adelah denga modal air liur sahaja. spt terimoh kasih atau puji hasil kerjo pekerja dengan ikhlas. dan hari nih aku sebagai pekerja merasai efek nya. padahal aku ata file jah. cumo 3 kali masuk la. ahahahaha.

aku cito ko mama n ipah pom sek yo pelik bakpo tuh significant bg aku. haha hanya yg merasai mengetahui perasaan tersebut,,

maka setelah merasai sendiri akan kesan nye yg sgt berkesan, nati seksok kalu aku jadi bos,, i will apply that attitude to all my subordinates. cewaah.. muahahahaha

"SAMA-SAMA BOS!. XDEY NOK BALAS TAKDI KEH SAYO NEVES. HEHE."




Monday, May 3, 2010

i think about it a lot lately

about the future

ok

24

abis study n grad. wuhuuu. lmbtnye. cari kije go'ment utk 4thn hutang JPA. kalu xjupo gomen, cr la private pon. terpaksa la key. try bank rakyat pon ok gok. hahaha

ok, katakan buleh kijo.. hiduplah di alam pekerjaan,, wondering..

26

sambung MASTER. lonih hok aku pikir hanyalah sc actuary. tp xtaulah kalau masa n pengalaman n pengetahuan merubah planning nk amik gapo.

ingat nok wak di oversea. insyaallah. kalu di oversea,, mungkin full time study la. tp kalo takdir di malaysia jugak.. maybe wat study smbl kije. haihhh.. mampukah aku.


29

insyaallah kalu ado rezeki nok wak haji.. hihi


30 ++

nok wak PHD. bwh 40 thn la.. hohoho

aku pikir nok kerije hok xbalik lambat. yg mane buleh spend banyok maso utk family. tp pada masa yg same kijo hok fun. kijo hok aku buleh buat something utk masyarakat.. cewaahh. n still it is blur now.. a

hem, kawen. xtahu nok letok mano. tp hopefully before 30 lah. dlm 26 @ 27. tp mungkin kalo kawen, plan ini berubah 360 degree. pehe2 la bila hidup dah berkait dengan org lain gak.. hohhoho

sekian mengarut buat malam ini woha!

Saturday, April 17, 2010

bukan taubat nasuha

haihh.. bila orang palestin berjihad dlm peperangan melawan israel, orang melaysia berjihad menentang nafsu sendiri. nafsu makan, nafsu kekayaan, nafsu kuasa, nafsu terhadap jantina berlawanan dan byk agi nafsu2 yg melampau. yang mane lagi sukar dan menakutkan? peperangan di palestin itu jelas dan visible, tp 'peperangan' di malaysia ni xnampak di pandangan mata biasa akan kesan kalau kalah. kadang2, aku rase Allah patut buat pertukaran tempat kami. bayangkan, sume orang di malaysia celik mata pagi esok dengan bunyi dentuman bom, machine gun, enjin kereta kebal, orang israel pecah mask rumah rogol anak isteri depan mata, bunuh orang tersayang depan mate. ape agaknya reaksi setiap orang? mesti masa tu baru rase betapa Allah bagi kite kesenangan sebagai ujian yg lebih berat. sebab mereka di palestin diuji tp iman mereka bertambah. tapi kita di malaysia diuji, iman kebanyakan kita berkurang. semakin mereka diuji, semakin mereka dekat pada Mu, semakin kami di uji, semakin kami lupa akan Mu. aku termasuk.. kecewa dengan lafaz taubat yg tidak istiqamah dalam menjauhi nya. kan best kalo berlaku sesuatu yang dpt buat kite betul2 insaf dengan taubat nasuha. bukan taubat biasa..

Ya Allah, aku malu padaMu. sebab aku buat lagi mende yg aku da bertaubat. aku kalah dengan bisikan syaitan. dan sekali lagi aku bertaubat. mengharapkan iman aku tetap untuk melawan gelojak hati di hari2 mendatang. aku hamba yang lemah dan hina, maka Kau bantulah aku ya Allah. berikanlah aku semangat dan kekuatan iman ya Allah. janganlah Kau pesongkan hati aku bila aku sudah lurus di jalan mu Ya Allah. Please.. aku merayu pada-Mu.

Friday, January 22, 2010

cuti

woha! saya sudah start cuti. tp cuti yang penuh kijeam dan masa yg tiada sbb nak g dubai. adohaiii.. kalu aku jadi lecturer dok,, aku xkey wi la kijo skoloh ko budok. doh time cuti gak bia la budok cuti betul2. time ngaji gak wi la pparok pom. time cuti ni jah nk relax.. selepas waktu pengajian hok stress dh. tp nyo wi jugok kijo. gerey la aku gk. baik xyoh cuti. time ngaji mulo xkey xberperasaan ginih. ughhh aku rindu maahad hok xdk kijo time cuti..

oh, i'm preparing for Dubai now.. wuhuuu.. g isnin malam, jumaat sapa. so, baju keno bwk 5 helai. pakai selai. esok nk shopping seluar n tudung. mitok la mudoh jupo. bosey aku shopping lamo2 gak. huh